Saturday, October 30, 2010

Salam..antara aktiviti yang dirancang pada tahun 2011

NoSenarai Aktiviti
1Majlis Bacaan Yaasin Bagi Anak - anak yang menghadapi peperiksaan
2Adakan hari zakat dengan menjemput Pusat Zakat utk buat potongan gaji /revise
3Adakan mini library dalam surau
4Gotong royong surau
5Jamuan Hari Raya
6Program lawatan dan gotong royong rumah anak yatim islam
7Kursus pengurusan jenazah lelaki dan perempuan
8Majlis tahlil utk arwah - arwah pekerja emerson
9Program majlis ilmu dlm bln ramadan

Friday, October 29, 2010

Contoh Borang Ahli Khairat Kematian Surau Emerson

Borang Ahli Khairat Kematian Surau Emerson
Syarat-syaratnya-
-Yuran ahli di bayar setahun sekali sebanyak RM50.00
-Sebarang kematian hendaklah di beritahu kepada AJK surau untuk tindakan segera dan sijil kematian atau permit kubur hendaklah diserahkan untuk tujuan pengesahan selepas selesai pengkebumian.
-Waris yang layak dituntut ialah:
~Ahli sendiri dan Suami atau Isteri.
~Ibubapa termasuk Mertua.
~Anak sendiri.



Saya …………………………………………………………………………………………………………………………. setuju menjadi ahli Khairat Kematian Surau Emerson untuk tahun 2011 beserta syarat yang ditetapkan.
Bersama borang ini saya sertakan RM50.00 untuk yuran ahli tahun 2011




Tandangan ahli                                                                                                      Tandatangan penerima

………………………………………………                                                                              ………………………………………

Borang kaji selidik

Salam sejahtera,

Kepada semua ajk surau, saya telah sediakan satu format  untuk rujukan. Mohon kerjasama  tuan / puan untuk mengedarkan / war-war kan kepada semua pekerja beragama Islam bagi menyertai skim Khairat Kematian . Saya telah berjumpa dengan pihak pengurusan (Pn. FJ dan En. Dzil ) dan menyampaikan hasrat kita bagi menubuhkan skim Khairat Kematian ini dan telah mendapat persetujuan daripada mereka. Saranan yang diberikan adalah  satu perjumpaan harus diadakan bagi mereka yang bersetuju untuk menyertai skim ini bagi penerangan khusus.

 Kepada wakil-wakil
 Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikumpulkan dan diserahkan kepada En. Shahran / En. Shahrul bagi tujuan dokumentasi.  Harap tolong isikan didalam format tersebut dan jika sekiranya tidak faham bolehlah tuan merujuk kepada saya.


Terimakasih

Nurul Ezam Ramli
Supervisor
Value Stream Department
Emerson Process Management

Wednesday, October 27, 2010




                                Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
                                Surau Kakitangan Emerson 22/10/2010




Tarikh             :           22/10/2010
Masa              :           11pg ~12tgh hari
Tempat           :           Kantin










Yang Hadir      :           Ezam
                                   Zulie
                                   Ramzani
                                   Latafi
                                   Asari
                                   Mahyudin
                                   Zuraini
                                   Ali
                                   Shahran
                                               Azmi
                                              Zamri
                                              Anita
                                              Imam Dollah
                                              Mazini
                                              Zamri-QA
                                              Faiz
                                              Halimi
                                              Hamimi


 Tindakan:

-Perlantikan pengerusi baru iaitu En. NurulEzam manggantikan E.Aziz yang telah meninggalkan Emerson.

-Jumlah qurban untuk tahun ini ialah 3 ekor lembu. En Zamri-QA akan menguruskan urusan pembelian.

-Pemberian cenderahati kepada bekas Pengerusi sebagai tanda penghargaan.

Cadangan:

-Tukar organisasi carta AJK terbaru beserta gambar.
Tindakan-Puan Zuraini dan En. Halim
-Tambahan telekung untuk surau perempuan.
Tindakan- Puan Zulie dan Puan Mazini

-Wakil dari AJK surau untuk menghadiri apabila berlaku kematian di kawasan terdekat.
 Tindakan:Pengerusi

-Tetapkan derma untuk yg berjawatan tinggi di Emerson contohnya supervisor ke atas.
 Tindakan-Pengerusi

-Menubuhkan Tabung Khairat Kematian di Emerson dengan mengedarkan borang kaji selidik untuk       maklum balas dari pekerja Emerson.
 Tindakan:AJK surau.



              Penutup.

         Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.00 ptg dengan ucapan terima kasih kepada  mereka yg hadir.




















               
   

Monday, October 25, 2010

Setiausaha surau memberi sepatah dua kata



Setiausaha surau En Sharan sebagai wakil persatuan mengupas kembali sorotan peristiwa sepanjang tempoh usia surau.Kebanggaan beliau ialah pekerja islam emerson mendapat sebuah surau yang selesa untuk beribadah dan menjalankan segala aktiviti keagamaan

Bekas pengerusi surau En Aziz


Bekas pengerusi surau En Aziz memberi sepatah dua kata sempena tamatnya perkhidmatan beliau di Emerson.Ucapan dasar beliau berharap persatuan surau akan terus maju di masa akan datang





Sumbangan cenderahati kepada beliau telah di sampaikan oleh Puan Fathaiya Jamaluddin pengurus
sumber manusia







Majlis serah tugas dari En Aziz kepada En Ezam yang merupakan pengganti pengerusi surau
 Turut kelihatan En Shamsul penolong pengurus keselamatan, kesihatan dan persekitaran.Selamat datang ke Emerson, semoga kehadiran beliau dapat membantu perkembangan surau

Sunday, October 24, 2010

Jamuan ringan...silalah


Sedikit jamuan ringan selepas mesyuarat, En Mohd Ali melambai tangan tanda mesyuarat pada hari tersebut sukses


Barisan AJK surau

Inilah wajah barisan AJK surau yang senantiasa ikhlas membantu menjayakan aktiviti surau

Anda yang berkaliber...

Dari kiri En. Sharan, En Ezam dan En Ramzani. Insyallah kalian akan membawa banyak perubahan kepada persatuan surau.Kami ajk surau memberi sokongan penuh dan akan membantu...

Ucapan pengerusi majlis mesyuarat surau pada 22/10/2010

En. Latafi mempengerusikan majlis mesyuarat surau pada 22/10/10. Tujuan majlis adalah untuk melantik pengerusi baru dan merangka aktiviti tahunan..insyallah

Wajah pengerusi surau Emerson

Salam warga emerson, inilah wajah pengerusi baru surau emerson
saudara Nurul Ezam. Sekalung tahniah dari pihak ajk surau kerana saudara Ezam sudi menjadi sebahagian warga kerja surau.Semoga kehadiran beliau persatuan surau akan lebih berjaya di masa akan datang...